Sunday, August 23, 2015

UPSR - Kebaikan Bergotong Royong

Kebaikan Bergotong Royong

Hahaha.. malam ni mama akan tolong anak yg nak UPSR ni buat karangan BM. Ini idea dia sepenuhnya ya, mama cuma tolong susun. Tak jamin skor A, ok...

     Bergotong-royong adalah aktiviti yang dilakukan bersama-sama secara sukarela. Pada pendapat saya, amalan gotong-royong ini perlu digalakkan dalam masyarakat kita. Terdapat banyak faedah bergotong-royong yang dapat dikumpulkan jika kita sentiasa mengamalkan amalan bergotong-royong.

     Antara faedah bergotong-royong ialah kita dapat mengindahkan lagi kawasan perumahan kita. Kita semua pasti inginkan kawasan perumahan yang sering dipuji oleh orang lain. Jika kawasan kita bersih, indah dan aman, maka risiko kebarangkalian kes denggi oleh nyamuk aedes juga berkurang.

     Kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara kita dengan jiran. Kebanyakan orang penat bekerja, maka kurang masa untuk diluangkan bersama jiran kita. Dengan aktiviti ini, kita dapat mengenal jiran kita dengan lebih rapat dan mesra, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

     Selain itu, apabila kita terlibat dalam amalan bergotong–royong, kita dapat mewujudkan masyarakat yang bekerjasama kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Terdapat banyak perkara dalam masyarakat yang menjadi mudah bila dilakukan bersama, seperti gotong royong dalam majlis perkahwinan, majlis qurban di surau setempat dan pengurusan jenazah.

     Akhir sekali, kita juga dapat menjimatkan duit kita sebanyak 50% apabila kita bergotong-royong kerana kita tidak perlu membayar upah pekerja. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan masa kerana gotong-royong biasanya melibatkan ramai orang yang membantu kita membuat kerja. Tidak seperti jika kita mengupah pekerja, biasanya hanya beberapa orang saja yang kita mampu bayar.

     Kesimpulanya, bergotong-royong memang ada banyak kebaikan. Oleh itu, kita perlu memupuk amalan bergotong-royong secara berterusan untuk mewujudkan negara yang bersih, aman dan kurang penyakit yang membahayakan.

.....Ok jangan tiru bulat bulat eh. Ok utk generate ideas, or brainstorming.

16 comments:

  1. Karangan yang bagus... TahniahπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  2. Kak betul saya cakap. Karangan ini Memang bagus. Tahniah sekali kak😍😘

    ReplyDelete
  3. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ’•

    ReplyDelete
  4. Thanks mak.untuk memberikan tunjuk ajar yg betul kpd anak..karangan yang bagus ini akan memberikan sokongan terbaik untuk menghadapi cabaran menduduki upsr.....thanks so much....

    ReplyDelete
  5. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ’–πŸ’–πŸ’“

    ReplyDelete
  6. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ’•

    ReplyDelete
  7. Bagus karangan nyaπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete